Mesej Pengetua

Selamat Datang ke Kolej SEGi Seri Kembangan!

Sebagai salah sebuah institusi pendidikan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), kami di Kolej SEGi Seri Kembangan mengalu-alukan kehadiran para lepasan SPM untuk mencorak masa depan yang cerah di sini.

SEGi merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi terbesar yang memiliki reputasi dan rekod yang cemerlang. SEGi juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pendidikan di negara ini. Justeru itu, SEGi mempunyai kepakaran dalam membangunkan kurikulum yang mantap dan berteraskan keperluan semasa industri. Graduan SEGi sentiasa menjadi pilihan kerana pelbagai latihan di program-program sokongan termasuk membina hubungan baik dengan majikan-majikan terbaik di Malaysia.

Tenaga pengajar kami yang berwibawa, berdedikasi, berpengalaman luas dan disokong oleh kumpulan pengurusan profesional akan membantu anda untuk mencapai impian dan cita-cita anda di sini.

Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran anda sebagai pelajar di Kolej SEGi Seri Kembangan! 

Victor Chan

(Pengetua, Kolej SEGi Seri Kembangan)

Connect to principal

 

 

Mengenai Kampus: 

Kolej SEGi Seri Kembangan yang ditubuhkan pada tahun 2002, dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa MSC sebelum dinaik taraf kepada Kolej SEGi Seri Kembangan pada tahun 2006 yang bertempat di Blok A, Edu-Mall South City Plaza, bersebelahan Lebuhraya KL-Seremban dan berhampiran Mines Resort City. Kolej SEGi Seri Kembangan amat berbeza berbanding Kolej SEGi yang lain kerana Kolej SEGi Seri Kembangan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, pelajar-pelajar di Kolej SEGi Seri Kembangan akan tetap menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dengan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh City & Guilds.

Pada mulanya Kolej SEGi Seri Kembangan hanya menawarkan Diploma Multimedia Kreatif tetapi kini Kolej SEGi Seri Kembangan telah melebarkan sayap dengan menawarkan beberapa kursus diploma lain iaitu Diploma Seni Kulinari, Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Teknologi Automatif, Diploma Teknologi Maklumat, dan Diploma Pengurusan Hotel.

Kolej SEGi Seri Kembangan mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif, kemudahan-kemudahan lengkap dan silibus terkini yang akan melahirkan para graduan berkelayakan dan berkemahiran yang menjadi rebutan para majikan.

Peta: 

Facilities

Events HighlightMore

HappeningsMore